Posts

Showing posts from November, 2020

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN Menurut Samsudin Md Noor, "pengurusan alam pembelajaran membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan." Manakala menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa "alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu." ISI PENTING Kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar. Menurut Bartlett (2004), beliau menyatakan "seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih ...