Posts

Showing posts from 2020

BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

  PENGENALAN Sosiologi didefinisikan sebagai ilmu tentang perilaku sosial ditinjau dari kecenderungan individu dengan individu lain dengan memperlihatkan symbol-simbol interaksi (Syamsuddin Abdullah,1997). Manakala menurut Waters (1994) pula menyatakan bahawa sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia. Di samping itu, sosiologi juga ditakrifkan sebagai kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi dan sebagainya (Jary & Jary,1995). Oleh itu, secara kesimpulannya sosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang pergaulan sesama manusia iaitu ilmu tentang masyarakat dan perubahan -perubahan terhadap masyarakat. ISI-ISI PENTING             Terdapat tiga isi penting yang telah saya pelajari melalui topik ini iaitu yang pertama adalah  teori fungsionalisme .  Binkerhoff dan White (1989) telah merumuskan tiga andaian utama ahli -ahli ...

BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN                   Interaksi dalam pembelajaran berlaku diantara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar.  Interaksi dengan persekitaran ketika proses pembelajaran dapat merangsang semua deria pelajar dan menggalakkan pelajar belajar secara kreatif dan inovatif. Interaksi adalah hubungan antara individu satu dengan individu lain, individu satu dapat mempengaruhi individu yang lain atau sebaliknya, sehingga terdapat hubungan yang saling timbal balik. Hubungan tersebut dapat terjadi antara individu dengan individu , individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok (Walgito,2007). ISI-ISI PENTING Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini iaitu Interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi berkesan. Interaksi yang pertama adalah interaksi sehala yang membawa maksud . interaksi sehala adalah interaksi yang biasanya digunakan oleh guru dalam menerangkan sesuatu kepada pelajar bagi sesebuah t...

BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN Pengurusan diertikan sebagai proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi lain dan menggunakan sumber -sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984).    Oleh itu, pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat sesebuah organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap. ISI-ISI PENTING                Terdapat tiga isi penting yang dapat saya pelajari dari topik ini antaranya adalah pegurusan bilik darjah. Menurut Bucholz dan Sheffler (2009) guru berupaya mencorakkan persekitaran bilik darjah supaya selesa dan seterusnya meningkatkan kemampuan pelajar untuk belajar. Manakala Moos (1979) menyatakan bahawa erdapat empat faktor yang menyumbang sesebuah iklim bilik darjah. Faktor -faktor tersebut adalah ciri -cir guru, ciri fizikal dan seni bina, ciri agregat pelajar dan faktor organisasi. Domain pengurusan bilik darjah antaranya adalah apabila guru berupaya menguru...

BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

PENGENALAN Kepimpinan Seseorang itu mampu mempengaruhi kegiatan dalam sebuah kumpulan dengan memberi banyak impak dalam kumpulan tersebut ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang dengan jayanya. Hal ini dapat meransang ahli-ahli kumpulan untuk terus berusaha dan bekerjasama bagi mencapai satu matlamat.   Organisasi Himpunan individu yang bekerjasama dan saling bergantungan serta menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ia merupakan satu sistem sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan dari organisasi yang kecil sehingga yang besar. ISI PENTING Ciri Organisasi 1.  Mempunyai identiti tersendiri - Setiap institusi mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Misi dan visi tersebut haruslah dilaksanakan dengan betul agar dapat dicapai. 2.  Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti - Tujuan hierarki atau tingkat autoriti diwujudkan adalah untuk membina rantaian arahan dengan jelas da...

BAB 5: PENGURUSAN MURID

PEN GENALAN Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, apabila pengurusan murid dalam sesebuah sekolah itu strategik, ia mampu melahirkan seorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaimana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik, lebih berstruktur dan strategik untuk mencapai objektif tersebut. ISI PENTING   Mengurus Rekod Murid Setiap pelajar mempunyai fail tersendiri yang menyimpan segala maklumat mereka berkaitan dengan maklumat diri yang lengkap, sahsiah pelajar dan perkembangan diri mereka. Ini memboleh pelajar mengetahui potensi diri masing-masing. Dalam sebuah sekolah, terdapat tiga jenis aplikasi dalam talian yang boleh membantu guru untuk memudahkan proses merekod maklumat pelajar. Antara aplikasi tersebut ialah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) iaitu untuk menyimpan dan menge...

BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.  Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah juga merupakan satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). ISI PENTING PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN BILIK DARJAH Terdapat beberapa peranan guru dalam melahirkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. ...

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

PENGENALAN Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber. ISI PENTING KONSEP PENGURUSAN SUMBER Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tump...

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN Pengurusan bilik pembelajaran merupakan satu strategi dan tindakan yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik pembelajaran. Terdapat beberapa bilik pembelajaran yang sering digunakan oleh pelajar, iaitu, bilik darjah ,makmal sains, makmal komputer, studio dan tempat-tempat pembelajaran yang seumpama dengannya. Penekanan dibuat untuk bilik darjah kerana ia merupakan tempat yang selalu digunakan oleh pelajar pada proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru perlulah memastikan keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus rutin bilik darjah, menguruskan pelajar-pelajar supaya hasil pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.           Aspek yang penting dalam strategi pengurusan bilik darjah adalah dari segi pengagihan jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja dan memastikan pelajar dapat mematuhi segala ...

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID

1.         PENDAHULUAN Tugas seorang bukan hanya menididik dalam aspek pembelajatan dalam kelas, bahkam mendidik akhlak murid juga tanggungjawab bagi guru. Seperti yang diketahui, guru diibaratkan sebagai ibu bapa disekolah, jadi jelas sebagai ibu bapa, berperanan yang perlu dilakukan ialah menjaga disiplin atau akhlak anak-anak selain memberi ilmu. Dapat dedifinisikan disiplin merupakan rasa taat dan patuh terhadap nilai yang diperkata serta juga menjadi tanggungjawabnya. Dengan kata lain disiplin ini ialah patuh terhadap peraturan atau juga tunduk pengawasan dan juga pengendalian (Parta Ibeng, 2020) 2.         ISI PENTING Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan dalam mengawal tingkah laku dan disiplin murid. Antaranya ialah, murid-murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan ...