BAB 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
PENGENALAN
Pengurusan diertikan sebagai proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi lain dan menggunakan sumber -sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan (Stoner,1984). Oleh itu, pengurusan merujuk kepada proses pencapaian matlamat sesebuah organisasi mengikut cara yang berkesan dan cekap.
ISI-ISI PENTING
Terdapat tiga isi penting yang dapat saya pelajari dari topik ini antaranya adalah pegurusan bilik darjah. Menurut Bucholz dan Sheffler (2009) guru berupaya mencorakkan persekitaran bilik darjah supaya selesa dan seterusnya meningkatkan kemampuan pelajar untuk belajar. Manakala Moos (1979) menyatakan bahawa erdapat empat faktor yang menyumbang sesebuah iklim bilik darjah. Faktor -faktor tersebut adalah ciri -cir guru, ciri fizikal dan seni bina, ciri agregat pelajar dan faktor organisasi. Domain pengurusan bilik darjah antaranya adalah apabila guru berupaya menguruskan tingkah laku pelajar serta mengurus proses pengajaran dengan baik dan teratur. Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam menyediakan pengalaman pembelajaran yang signifikan dan berkesan kepada pelajar.
Seterusnya adalah, pengurusan sekolah ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah atau jabatan pendidikan. Sebuah organisasi unik dibentuk yang melibatkan kakitangan pendidik dan biasanya diketuai oleh pengarah pendidikan di kawasan tersebut. Pengurusan sekolah berkait dengan pembangunan diri manusia kerana manusia adalah modal insan dan aset negara.
Akhir sekali adalah pembelajaran dimana pembelajaran adalah proses dimana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal (Woolflok,1995). Menurut Morgan dan King (1975) pula pembelajaran ditakrifkan sebagai sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya. Secara keseluruhannya, definisi ini memberi penekanan kepada perubahan tingkah laku seseorang sebagai ukuran berlakunya pembelajaran. Oleh itu, pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui kaedah memaksimumkan pengalaman pelajar dalam melibatkan pelbagai deria.
RUMUSAN
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah, pengurusan sekolah dan pembelajaran saling berkait antara satu sama lain dimana ketiga -tiga perkara mampu mendorong kepada kecemerlangan pelajar. Namun, Melalui ketiga -tiga aspek ini guru memainkan peranan penting sebagai penggerak untuk melaksanakannya agar semua aspek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
RUJUKAN
Che Nidzam Che Ahmad,Saidatul Ainoor Shaharim & Asmayati Yahaya. (2016). Jurnal
Pendidikan Sains & Matematik Malaysia : Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi, 6(1). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/download/86/46
Disediakan oleh: ATIKAH MAILON (D20192091712)
Comments
Post a Comment