BAB 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
PENGENALAN
Kepimpinan
Seseorang itu mampu mempengaruhi kegiatan dalam sebuah kumpulan dengan memberi banyak impak dalam kumpulan tersebut ke arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang dengan jayanya. Hal ini dapat meransang ahli-ahli kumpulan untuk terus berusaha dan bekerjasama bagi mencapai satu matlamat.
Organisasi
Himpunan individu yang bekerjasama dan saling bergantungan serta menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ia merupakan satu sistem sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan dari organisasi yang kecil sehingga yang besar.
ISI PENTING
Ciri Organisasi
1. Mempunyai identiti tersendiri- Setiap institusi mempunyai misi dan visi yang tersendiri. Misi dan visi tersebut haruslah dilaksanakan dengan betul agar dapat dicapai.
2. Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti- Tujuan hierarki atau tingkat autoriti diwujudkan adalah untuk membina rantaian arahan dengan jelas dan lebih tersusun serta memudahkan setiap ahli untuk memahami tugas mereka masing-masing.
3. Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja- Pembahagian kerja adalah sangat penting bagi mencapai tujuan organisasi. Dengan pembahagian kerja yang betul, seseorang individu dapat menumpukan perhatian dan melaksanakan tugasnya dengan lebih baik.
4. Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti organisasi- Dengan wujudnya peraturan dalam organisasi, kesemua individu tidak merasa terabai. Hal ini juga dapat mengelakkan berlakunya kacau bilau yang akhirnya akan mempengaruhi sebuh organisasi tersebut.
Struktur Organisasi di Sekolah
Berikut merupakan struktur organisasi di sekolah.
PENGETUA/GURU BESAR
- Pemimpin di sesebuah sekolah.
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
- Tugas: Meliputi bidang kurikulum, prntadbiran am, pusat sumber, peperiksaan dan pengkomputeran.
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
- Bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan Unit HEM, disiplin, kesihatan dan kebajikan murid serta bimbingan dan kaunseling.
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
- Bertanggungjawab dalam menguruskan pembangunan kokurikulum seperti menjaga hal ehwal badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan permainan, koperasi dan RIMUP.
GURU AKADEMIK
- Pelaksana/pentaksiran kurikulum dan pengurusan kelas dan kemenjadian murid.
Gaya Kepimpinan
Menurut Baron (1983), gaya kepimpinan adalah merujuk kepada tingkah laku yang digunakan oleh pemimpin untuk menjelaskan dan mengenali gaya kepimpinan yang diterima oleh individu yang terlibat dalam suatu tugasan. Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire dan juga kontigensi.
1. Autokratik- Pemimpin akan menjalankan kawalan yang ketat dalam kumpulan tersebut dan kurang mempercayai ahli lain.
2. Demokratik
Pemimpin akan berbincang, menerima dan memberi pandangan terhadap sesama ahli kumpulan. Segala keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti. Hal ini dapat memastikan kelancaran proses membuat sesuatu keputusan yang baik.
3. Laissez-Faire
Pemimpin banyak memberikan kebebasan kepada ahli kumpulan mereka. Mereka kurang unsur-unsur kawalan dan juga kurang memberikan pandangan. Pemimpin sebegini selalunya memberikan ahli kumpulan lain yang mengambil alih.
4. Kontigensi- Pemimpin mengikut keperluan atau keadaan persekitaran yang wujud.
Kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam suatu pembentukan institusi. Institusi tersebut akan menjadi sebuah institusi yang lebih tersusun dan akan memudahkan pengurusan dalam apa jua keadaan. Struktur organisasi yang telah dibuat harus diikuti oleh semua pihak agar tidak berlaku salah paham antara sesama.
Selain itu, kesemua gaya kepimpinan yang telah disenaraikan boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas namun haruslah mengikut kesesuaian. Apabila pemilihan gaya kepimpinan sesuai dengan keadaan semasa, ia amat membantu seseorang itu untuk terus melaksanakan tugasnya dengan baik sehingga selesai.
RUJUKAN
Azman Mat Hassan (2012). Jurnal Penyelidikan Islam (Bil 25): Persepsi Gaya Kepimpinan Terhadap Kepuasan Kerja. Diperoleh daripada http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34245/Article_7.PDF.
Dhusna258 (2019). Ciri-Ciri Sebuah Organisasi Yang Baik. https://issuu.com/dhusna258/docs/pengurusan_dalam_islam. diakses pada 30/11/2020.
Elnavera S (2020). Bab 4: Kepimpinan Dan Organisasi. http://anyflip.com/ibsfi/fanv/basic. diakses pada 30/11/2020.
Ikha2203 (2013). Organisasi dan Pengurusan. https://www.slideshare.net/ikha2203/organisasi-dan-pengurusan. diakses pada 30/11/2020.
Zahari Suppian. Nota kuliah KPS3014 Bab 4: Kepimpinan dan Organisasi. https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012113403_Topik%204_Kepimpinan%20dan%20Organisasi.pdf. diakses pada 15/11/2020.
Disediakan oleh: STACY JAMES JOHN (D20192091689)
Comments
Post a Comment