BAB 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

PENGENALAN

Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu.  Pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana  guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006). Pengurusan bilik darjah juga merupakan satu proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009).

ISI PENTING

PERANAN GURU DALAM MENGURUSKAN BILIK DARJAH

Terdapat beberapa peranan guru dalam melahirkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Yang pertama ialah menyusun kedudukan meja pelajar. Meja guru biasanya terletak di hadapan bilik darjah. Keadaan ini memberi gambaran guru sebagai seorang pemerintah yang menguasai semua muridnya. Melalui  kedudukan ini, semua murid dapat melihat guru, dan meja guru jelas kelihatan dari pintu darjah. Penyusunan kerusi meja murid dalam bilik darjah yang berbeza kebolehannya perlu dikawal, dan ditentukan oleh guru, kerana penyusunan ini ialah cara mengawal disiplin juga dan dengan cara itu guru harus memisahkan murid- murid yang perlu dipisahkan atau membiarkan murid yang perlu berseorangan.

         Selain itu, penggunaan alat bantu mengajar (ABM). Alat bantu mengajar (ABM) seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah. Semasa menggunakannya, guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Jika carta itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru. Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

         Seterusnya, penyediaan papan kenyataan. Papan kenyataan hendaklah dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi. Setiap papan kenyataan sudut matapelajaran hendaklah diisi dengan nota-nota yang penting. Guru hendaklah mengagihkan setiap sudut mata pelajaran kepada beberapa kumpulan pelajar untuk mereka penuh kan papan kenyataan tersebut.

       Pengurusan dalam bilik darjah juga memerlukan kemahiran komunikasi antara guru dan pelajar. Komunikasi merujuk kepada pertukaran dan pengaliran maklumat daripada seseorang kepada orang yang lain. Proses penghantaran mesej daripada penghantar kepada penerima dikenali sebagai komunikasi.Komunikasi berkesan hanya akan berlaku apabila penerima memahami mesej yang dihantar dengan tepat. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.

       Bukan itu sahaja, guru juga perlu merancang pola Interaksi dalam Bilik Darjah. Interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua hala.Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain di  dalam bilik darjah. Terdapat 3 jenis pola interaksi iaitu, interaksi sehala -interaksi sehala daripada guru kepada murid,  interaksi dua hala -interaksi dua hala antara guru dengan murid atau murid dengan murid serta interaksi pelbagai hala -interaksi antara guru dengan murid, murid denganmurid dan murid dengan guru.

RUMUSAN

Kesimpulannya, sebagai seorang guru hendaklah mengetahui apakah itu sebenarnya pengurusan bilik darjah dan cara menguruskannya supaya dapat mewujudkan suasana bilik darjah yang sesuai dan kondusif mengikut peredaran masa. Selain itu, seorang guru juga perlu bijak dalam pengurusan bilik darjah supaya tidak wujud masalah dalam proses pegajaran dan pepbelajaran dan juga masalah disiplin dalam bilik darjah.

RUJUKAN

Academia, Bilik darjah merupakan tempat yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh daripada, https://www.academia.edu/6519805/Bilik_darjah_merupakan_tempat_yang_paling_penting_proses_pengajaran_dan_pembelajaran?  

Nam Hua, Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Diperolehi daripada https://sites.google.com/site/jerlunab/peranan-guru-dalam-pengurusan-bilik-darjah


Disediakan oleh: MARRYJOY EDUARDO (D20192091307)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID