BAB 5: PENGURUSAN MURID

PENGENALAN

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini kerana, apabila pengurusan murid dalam sesebuah sekolah itu strategik, ia mampu melahirkan seorang individu yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek sebagaimana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Oleh itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik, lebih berstruktur dan strategik untuk mencapai objektif tersebut.

ISI PENTING 
Mengurus Rekod Murid

Setiap pelajar mempunyai fail tersendiri yang menyimpan segala maklumat mereka berkaitan dengan maklumat diri yang lengkap, sahsiah pelajar dan perkembangan diri mereka. Ini memboleh pelajar mengetahui potensi diri masing-masing. Dalam sebuah sekolah, terdapat tiga jenis aplikasi dalam talian yang boleh membantu guru untuk memudahkan proses merekod maklumat pelajar.

Antara aplikasi tersebut ialah Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) iaitu untuk menyimpan dan mengemaskini maklumat murid. Selain itu, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) iaitu untuk menyimpan, mengumpul dan menganalisis data keputusan peperiksaan murid. SAPS ini juga boleh dilihat oleh ibu bapa pelajar sekiranya mereka ingin mengetahui markah peperiksaan anak-anak mereka. Aplikasi yang seterusnya ialah Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) iaitu pangkalan data pengurusan disiplin murid.

Kesediaan Belajar

1. Kognitif- Menerangkan peringkat kesediaan mental agar dapat menerima rangsangan dan memahaminya, memikul dan berfikir serta dapat menghubungkaitkan dengan pengalaman sedia ada seseorang. Keupayaan ini adalah bergantung kepada umur seseorang.

2. Afektif- Murid akan menunjukkan sikap, keinginan dan ketekunan mereka untuk menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka. Murid yang berminat terhadap pelajaran tersebut akan aktif dan memberi sepenuhnya perhatian mereka dalam aktiviti pembelajaran.

3. Psikomotor- Penguasaan kemahiran fizikal murid merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan serta penggerakkan tubuh mereka. Hal ini bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif murid.

Motivasi

Motivasi mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk mencapai keinginan dalam diri. Motivasi yang ada akan membangkitkan respons mereka untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai. Terdapat dua bentuk motivasi iaitu intrinsik (dorongan dalaman tanpa memikirkan sebarang ganjaran) dan juga ekstrinsik (lebih kepada ransangan luaran ataupun terdapat sebarang ganjaran yang akan diberi).

Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan motivasi pelajar iaitu dengan mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif (kemas, selesa dan juga selamat), guru menentukan sasaran pencapaian yang ingin dicapai (lihat sama ada objektif RPH tercapai atau tidak) serta melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran (aktiviti berkumpulan atau membuat eksperimen).

RUMUSAN

Pengurusan murid amat penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, pengurusan rekod murid, tahap kesediaan belajar murid dan juga motivasi murid perlu ada bagi memastikan pencapaian matlamat itu berlaku. Hal ini membawa kepada kerjasama dari semua pihak, daripada ibu bapa murid sehingga masyarakat sekeliling sangat diperlukan bagi memastikan seseorang murid itu seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

RUJUKAN

Hafizzul. (2018). BAB 5: PENGURUSAN MURID. https://mrhafizzul.blogspot.com/2018/11/nanti-baca-lerr-bab-5-pengurusan-murid.html. Diakses pada 1/12/2020.

Zahari Suppian. Nota kuliah KPS3014 Bab 5: Pengurusan Murid. https://myguru.upsi.edu.my/documents/2020/courses/KPS3014/material/K01947_20201012113522_Topik%205_%20Pengurusan%20Murid.pd. diakses pada 15/11/2020.

Disediakan oleh: STACY JAMES JOHN (D20192091689)


Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID