BAB 7: PENGURUSAN SUMBER PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat. Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya. OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

ISI PENTING

KONSEP PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan. Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia. Pengurusan pula melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

        Manakala sumber pula merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan  dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier. Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding. Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari. Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.

SUMBER YANG DIFOKUSKAN

 Pusat Sumber sekolah merupakan antara sumber pembelajaran yang difokuskan dalam pengurusan sumber. Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

       Terdapat beberapa objektif pusat sumber iaitu, mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber, mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka, melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan, memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta  menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan.

       Pusat sumber sekolah berfungsi untuk menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti, berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan, sebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya, sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran dan menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan sumber terdiri daripada beberapa jenis sumber yang dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Oleh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.        

 RUJUKAN

Jaggil Apak, Muhamad Suhaimi Taat, 2018. Pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilikdarjah abad ke-21. Diperoleh daripada https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/103

Datin Scha, 2012. Peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Diperoleh daripada https://dathinsha.blogspot.com/2012/05/bab-2-peranan-guru-dalam-pengurusan.html

Mazlan, 2009. Peranan dan kepentingan pusat sumber sekolah. Diperoleh daripada  https://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/peranan-dan-kepentingan-pusat-sumber-sekolah/

Disediakan oleh: MARRYJOY EDUARDO (D20192091307)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID