BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGENALAN

Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan ,bahasa, adat resam dan budaya untuk pendidikan yang adil dan sama rata serta memahami setiap rakan dalam nilik darjah dengan baik. Menurut Saha (1997), pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui bahasa malah ia boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap.

ISI PENTING

Terdapat tiga jenis teori yang terlibat dalam pendidikan pelbagai budaya. Pertama, Teori Anglo Conformity ialaj masyarakat yang terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan. Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi. Seterusnya, Teori Ethnic Synthesis ialah setiap individu dalam masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah dan membentuk wadah baru dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut. Akhir sekali, Teori Cultural Pluralism iaitu masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama,etnik, bahasa dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identity budaya mereka secara demokratik.

Dengan adanya pendidikan pelbagai budaya, guru dapat menolong pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik dalam semua bidang termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan latar belakang pelajar. Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar hendaklah difahami bagai membina dan mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan. Sebagai contoh, komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses pembelajaran.

            Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan pelbagai budaya ini amat penting kepada masyarakat untuk memahami dan mempelajari nilai perbezaan yang terdapat dalam masyarakat majmuk. Guru memainkan peranan yang penting dalam pembentukkan sebuah masyarakat yang aman dan sejahtera, iaitu guru memberi pendedahan yang sebaiknya kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari dan memahami budaya masyarakat pelbagai kaum di sekolah. Pendidikan pelbagai budaya ini haruslah dipraktikkan ketika proses pembelajaran di dalam kelas ataupun di luar kelas agar dapat melahirkan seseorang insan yang berkualiti dan berilmu pengetahuan yang luas. Dengan adanya pengurusan pelbagai budaya, maka kita dapat melahirkan satu masyarakat yang harmoni dengan melalui kefahaman yang sama terhadap kepentingan kepelbagaian lapisan masyarakat.

RUJUKAN

Bab 11 : Pengurusan Pelbagai Budaya. (2020). Retrieved 4 December 2020, from https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/28/bab-11-pengurusan-pelbagai-budaya/

Carlyn, N., Carlyn, N., & profile, V. (2020). TOPIK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA. Retrieved 4 December 2020, from https://foliokps3014-pengurusanpembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-12-pengurusan-pelbagai-upaya_20.html

PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA. (2020). Retrieved 4 December 2020, from https://prezi.com/hkrd3omkfkao/pengurusan-pelbagai-budaya/

 Disedikan oleh: NURUL ALIA SYAFIKA BINTI MISERANG (D20191088277)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID