BAB 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

 PENGENALAN

Sosiologi didefinisikan sebagai ilmu tentang perilaku sosial ditinjau dari kecenderungan individu dengan individu lain dengan memperlihatkan symbol-simbol interaksi (Syamsuddin Abdullah,1997). Manakala menurut Waters (1994) pula menyatakan bahawa sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia. Di samping itu, sosiologi juga ditakrifkan sebagai kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat, bentuk organisasi dan sebagainya (Jary & Jary,1995). Oleh itu, secara kesimpulannya sosiologi adalah ilmu pengetahuan tentang pergaulan sesama manusia iaitu ilmu tentang masyarakat dan perubahan -perubahan terhadap masyarakat.

ISI-ISI PENTING

            Terdapat tiga isi penting yang telah saya pelajari melalui topik ini iaitu yang pertama adalah teori fungsionalismeBinkerhoff dan White (1989) telah merumuskan tiga andaian utama ahli -ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti  merupakan penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur -struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan -perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi sosial kepada pembaharuan. Walau bagaimanapun, dalamkonsep pendidikan pula fungsionalisme adalah pencetus persoalan mengenai pembelajaran dan pemikiran kehidupan yang terlalu kompleks. Di samping itu, kesan pengalaman terhadap otak dan manusia masih wujud di dunia secara semulajadi menyebabkan manusia pelajari kemahiran yang sesuai dalam konteks hidup bermasyarakat.

            Seterusnya, teori konflik dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) yang mengertikan konflik sebagai asas kepada pembentukan terdiri daripada faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. Menurut Taquiri (dalam Newstrom dan Davis,1977) berpendapat bahawa konflik merupakan warisan sosial yang boleh berlaku dalam pelbagai keadaan akibat daripada berbangkitnya keadaan ketidaksetujuan, kontroversi dan pertentangan di antara dua pihak atau lebih pihak secara berterusan. Konflik turut memberikan kesan kepada bidang pendidikan yang berupaya mengubah pandangan dan mewujudkan struktur ketaksamaan sosial. Oleh itu, konflik menyebabkan terbentuknya perbandingan dan perbezaan di kalangan masyarakat dan memberi implikasi besar kepada bidang pendidikan terutama sekali sekolah dan pelajar.

            Akhir sekali adalah teori interaksi simbolik yang di polopori oleh george Herbert Mead (1863-1931) dimana teori interaksi simbolik membawa maksud mengkaji makna yang muncul dari interaksi timbal balik individu dalam persekitaran sosial dengan individu lain. Interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara anggota -anggota masyarakat dan definisi simbolik adalah bersifat melambangkan sesuatu (Effendy, 1989 :352). Implikasi interaksi simbolik dalam pendidikan banyak berlaku dalam bilik darjah dimana tingkah laku seseorang mampu mempengaruhi tahap layanan seseorang guru mahupun rakan kepada sesama.

RUMUSAN

            Kesimpulannya, sosiologi dalam pendidikan berfungsi sebagai penggerak yang mampu membantu pihak pengurusan dalam memahami perubahan yang berlaku dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan masyarakat agar, pihak pengurusan dapat mengubah sistem yang sepatutnya ke arah yang lebih bersesuaian dengan perubahan semasa

RUJUKAN

Moch.khafidz Fuad Raya.(2016). Resolusi Konflik Dalam Institusi Pendidikan Islam : kajian

Empirik dan Potensi Riset Resolusi Konflik, 1(1). Pascasarjana UIN Maulana Malik Ibrahim Malang.

Nina Siti Salminah Siregar .(2011). Jurnal Ilmu Sosial : Kajian Tentang Interaksionisme

Simbolik, 4(2). Fakultas Ilmu Sosial dan Politik Universitas Medan Area. Diperoleh Daripada http://ojs.uma.ac.id/index.php/perspektif/article/download/86/46

Tharaba & M.Fahim.(2016). sosiologi Agama :konsep,Metode riset dan konflik sosial. Madani.

Diperoleh daripada http://repository.uin-malang.ac.id/4701/

 Disediakan oleh: ATIKAH MAILON (D20192091712)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID