BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
PENGENALAN
Pengurusan murid pelbagai
upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang
mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai
upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas
pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal
atau mental. Pendidikan khas merujuk kepada satu ppendekatan, rancangan
pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa
kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai sasaran yang sepatutnya daripada
program sekolah aliran perdana. Menurut Tansley (1967), satu bentuk pengajaran
yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi
membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun.
ISI
PENTING
Pengurusan murid pelbagai
upaya memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan,
pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas. Konsep pemulihan merupakan satu
usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah
di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima
latihan khas dalam bidang ini. Pelaksanaan program pemulihan ini bertujuan
supaya jurang perbezaan pencapaian antara murid dapat dikecilkan atau
dihapuskan agar mereka dapat belajar bersama-sama dalam situasi pembelajaran
yang lebih efektif di dalam kelas biasa
Seterusnya, pengayaan ialah
aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan
sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Pengayaan merujuk
kepada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah
pembelajaran untuk menambahkan pengetahuan dan memperluaska pengalaman mereka. Hal
ini bermakna, program pengayaan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan setiap
individu dari segi memperluaskan pengetahuan dan pengalaman malah turut
merangsang pemikiran murid.
Teori Kecerdasan Pelbagai
diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983). Menurut Gardner, kaedah lama
untuk mengukur tahap kecerdasan manusia ialah berdasarkan ujian IQ adalah
terhad. Justeru, beliau telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza
sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan
dewasa. Dalam konteks ini, keperluan khas merujuk kepada keperluan pelajar
iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan dan
rangsangan.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya,
pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di
dalam kelas. Pelaksanaan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan
dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih
baik dalam kelas
RUJUKAN
Hilmi, D. (2015, May 22).
Pengurusan murid pelbagai upaya. Retrieved December 01, 2020, from https://www.slideshare.net/danielhilmi/a-pengurusan-murid-pelbagai-upaya-1-lo
Halim, B. (1970, January 01).
BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA. Retrieved December 01, 2020, from
https://badiahhalim.blogspot.com/2018/12/bab-12-pengurusan-murid-pelbagai-upaya.html
Ran97, A. (n.d.). FOLIO KPS
3014 (PENGURUSAN PEMBELAJARAN). Retrieved December 01, 2020, from
https://www.academia.edu/37779299/FOLIO_KPS_3014_PENGURUSAN_PEMBELAJARAN_
Comments
Post a Comment