BAB 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

PENGENALAN 

            Interaksi dalam pembelajaran berlaku diantara guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar. Interaksi dengan persekitaran ketika proses pembelajaran dapat merangsang semua deria pelajar dan menggalakkan pelajar belajar secara kreatif dan inovatif. Interaksi adalah hubungan antara individu satu dengan individu lain, individu satu dapat mempengaruhi individu yang lain atau sebaliknya, sehingga terdapat hubungan yang saling timbal balik. Hubungan tersebut dapat terjadi antara individu dengan individu , individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok (Walgito,2007).

ISI-ISI PENTING

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari dalam topik ini iaitu Interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi berkesan. Interaksi yang pertama adalah interaksi sehala yang membawa maksud . interaksi sehala adalah interaksi yang biasanya digunakan oleh guru dalam menerangkan sesuatu kepada pelajar bagi sesebuah topik. Namun, interaksi ini kurang menggalakan pelajar menyertai proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka lebih banyak mendengar daripada menyuarakan pendapat masing -masing. Melalui interaksi ini pelajar dipaksa untuk menerima ilmu.

Interaksi dua hala pula berlaku diantara guru dan pelajar dimana guru menggalakkan penyertaan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menguji keupayaan dan kefaham pelajar melalui respon yang diberikan pelajar. Berbeza dengan interaksi sehala,  komunikasi dua hala memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Oleh itu, interaksi dua hala memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya melalui Rancangan Pengajaran Harian yang telah dirancang.

Seterusnya, Interaksi berkesan berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan dan difahami dengan jelas oleh penerima. Oleh itu, dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan interaksi berkesan. Beberapa sintesis kajian yang telah dijalankan menunjukkan pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah seperti pujian dan dendaan mempunyai kesan yang kuat ke atas pembelajaran pelajar (Welberg,1984).

RUMUSAN

            Kesimpulannya, interaksi dalam pembelajaran mempunyai kelebihannya masing -masing sama ada dalam menyampaikan maklumat atau menerima maklumat. Oleh itu, seorang pendidik perlu memilih kesesuaian interaksi mengikut keperluan dan situasi ianya menjadi sebuah interaksi yang berkesan.

RUJUKAN

Che Nidzam Che Ahmad,Saidatul Ainoor Shaharim & Asmayati Yahaya. (2016). Jurnal

Pendidikan Sains & Matematik Malaysia : Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar Dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi, 6(1). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/download/86/46 

Mohd Yusop Ab.Hadi, Baharom Mohamad, Jamaludin Hashim & Abdul Rashid Razzaq.

(2008). Analisis Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru Pelatih. Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat,Johor.

Disediakan oleh: ATIKAH MAILON (D20192091712)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID