BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID

1.        PENDAHULUAN

Tugas seorang bukan hanya menididik dalam aspek pembelajatan dalam kelas, bahkam mendidik akhlak murid juga tanggungjawab bagi guru. Seperti yang diketahui, guru diibaratkan sebagai ibu bapa disekolah, jadi jelas sebagai ibu bapa, berperanan yang perlu dilakukan ialah menjaga disiplin atau akhlak anak-anak selain memberi ilmu. Dapat dedifinisikan disiplin merupakan rasa taat dan patuh terhadap nilai yang diperkata serta juga menjadi tanggungjawabnya. Dengan kata lain disiplin ini ialah patuh terhadap peraturan atau juga tunduk pengawasan dan juga pengendalian (Parta Ibeng, 2020)

2.        ISI PENTING

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan dalam mengawal tingkah laku dan disiplin murid. Antaranya ialah, murid-murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan dalam pelbagai bentuk untuk menangani masalah disiplin murid. Oleh kerana itu, hal ehwal disiplin mestilah diambil berat oleh pihak sekolah. Apa yang dapat dilihat bahawa peraturan dan undang-undang yang ada bagi kawalan disiplin murid sudah memadai. Cuma, yang perlu ditekankan pada masa kini sejauh mana peraturan itu dilaksanakan secara berkesan. Guru sebagai pendidik adalah tanggungjawab bagi memastikan murid benar-benar mematuhi disiplin. Berdasarkan hakikat ini, guru perlu memahami peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia supaya pelaksanaan disiplin murid dapat mencapai metlamatnya.

Konsep disiplin merangkumi latihan membentuk, membetul ataupun melengkapkan suatu sistem peraturan berkenaan tingkah laku mengikut peraturan-peraturan yang diwujudkan. Menerutnya lagi, pada peringkat sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran (Mohd Ismail Othman, 2008)

Dalam konteks di Malaysia, undang-undang dan peraturan disiplin yang dipratikkan di sekolah-sekolah di Malaysia adalah berdasarkan kepada tiga rujukan utama iaitu (James Ang Jit Eng, 2011) :

a)      Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, iaitu Peraturan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116, Ordinan Pelajaran 1957.

b)      Buku-buku panduan pengurusan disiplin yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

c)      Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara berkala.

Jika dilihat hari ini, kebanyakan guru-guru baru masuk kelama persekolahn terutamanya kurang berkemahiran mengatasi masalah tingkah laki nakal murid-murid di dalam kelas. Lebih teruk lagi, ada sebilangan guru hilang sabar dengan kenakalan murid-murid menyebabkan guru tersebut mengenakan denda yang tidak sewajarnya ke atas murid. Ini secara tidak langsung mendedahkan guru tersebut kepada tindakan undang-undang. Jika para bakal pendidik didedahkan dengan kemahiran menguruskan disiplin murid serta undang-undang perkara sebegini pasti dapat dielakkan. Jika guru-guru yang mempunyai pengalaman mengajar bertahun-tahun lamanya masih lagi boleh didakwa di mahkhamah atas tindakan salah laku ke atas murid apatah lagi guru-guru yang baru bertatih ke dunia pendidikan yang masih belum mengerti undang-undang pendidikan.

3.        RUMUSAN

Disiplin penting bagi membolehkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan teratur. Selain itu, proses pengajaran yang dirancang oleh guru dapat dijalankan dengan teratur tanpa gangguan dengan adanya disiplin. Murid-murid menjadi lebih bermotivasi dan bertindak secara aktif apabila mereka berdisiplin.

  RUJUKAN

Ibeng, P. (2020, October 04). √ Disiplin : Pengertian,Tujuan, Manfaat, Macam, dan Contohnya. Retrieved December 03, 2020, from https://pendidikan.co.id/disiplin-pengertiantujuan-manfaat-macam-dan-contohnya/

Disediakan oleh: NURUL ATHIRAH BINTI KAMARAZAN (D20192091707)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH