BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

1)        PENGENALAN

Tugas seorang guru bukan hanya sahaja mengajar tetapi guru merupakan pengurusan penasihatan murid di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah guru berperanan sebagai bimbingan, penasihatan dan monitoring. Dapat dedifinasikan pengurusan bermaksud  sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pegawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu, pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan dan pengaruh ke atas operasi organsasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya. Definisi, penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. Menurut Zuraidah((1994) memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanoa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Murid pula mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.

2)        ISI PENTING

Tiga komponen penting yang saya pelajari dalam topik sepuluh pengurusan penasihatan murid ini ialah berkaitan bimbingan, mentoring dan penasihatan. Di dalam topik pengurusan penasihatan murid untuk bimbingan dapat dipecahkan kepada dua iaitu konsep dan ciri-ciri. Konsep bimbingan dalam pendidikan dengan tujuan mencapai perkembangan potensi individu dengan maksimum dan membuat penyesuaian, pengiktirafan terhadap kehormatan dan nilai diri individu dan memberi hak bantuan peribadi semasa diperlukan. Menurut Crow dan Crow (1960), bantuan seseorang yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu dari setiap peringkat usia. Tujuannya, adalah untuk menolong mengarahkan hidupnya sendiri membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Ciri-ciri bimbingan pula ialah pertama bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang dan bukanlah kegiatan yang dilakukan secara tidak sengaja malah ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan. Seterusnya, merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Selain itu, bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau meno;ong individu mengikut arah yang tertentu melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya. Akhir sekali, bimbingan yang diberikan kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.

Seterusnya, untuk penasihatan juga turut mempunyai dua pecahan yang sama iaitu konsep dan ciri-ciri dalam topik pengurusan penasihatan murid ini. Konsep penasihatan menurut Zuraidah (1994), memberi nasihat ialah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula penasihatan bermaksud orang yang memberi nasihat seperti ajaran, peringatan, tunjuk ajar, petua, petunjuk, panduan dan tegur ajar seseorang tentang pelbagai hal. Ciri-ciri penasihatan ialah berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Selain itu, berbetntuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang beroutoriti ini adalah lebih berpenglaman, banyak pengatahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Seterusnya, memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.

Proses diantara bimbingan dan penasihatan mempunyai persamaan iaitu banyak menggunakan teknik/kaedah yang sama dan pendekatan yang sama. Terdapat 5 fasa proses tersebut dimana  fasa pertama dikenali sebagai fasa kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar. Dalam fasa ini, pihak pengurusan sekolah terlebih dahulu perlu menerima konsep ini. Penekanan haruslah diberikan kepada guru yang mengajar pelajar kerana mereka lebih rapat dan arif mengenai pelajar-pelajar mereka berbanding guru yang tidak mengajar. Selain itu,mereka disedarkan tentang perkhidmatan bimbingan dan penasihatan sebagai pengelola dan sumber rujukan pelajar. Fasa kedua pula mengenai, menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihan. Pada tahap ini, semua guru dibantu dan diterapkan dengan beberapa kemahiran asas bimbingan dan penasihatan melalui kursus, seminar dan bengkel khas. Fasa ketiga pula mengandungi proses mengenai pelajar. Pada tahap ini, guru-guru dapat mengaplikasi kemahiran – kemahiran asas kauseling dan boleh mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan san penasihatan. Fasa keempat, diikuti dengan proses bimbingan pelajar yang secara khususnya pelajar akan dibimbing melalui tiga cara iaitumenajalankam bimbingan secara individu, bimbingan secara kelompok dan juga konsultasi yang melibatkan ibu bapa. Fasa terakhir iaitu kelima ialah analisis penilaian, fasa ini melihat keberkesanan perhubungan bimbingan dan penasihatan itu sama ada berkesan atau tidak berkesan.

Akhir sekali, mentoring juga mempunyai konsep, ciri-ciri dan proses di dalam pengurusan penasihatan murid. Konsep mentoring ialah, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu (mentor) dengan individu atau sekumpulan individu (mentee) bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme mantee. Menurut Fletcher (2000), mentoring bermaksud bimbingan dan menyolong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, meyakinkan di samping mengurus dan mengarahkan. Ciri-ciri mentoring ialah mementingkan perkembangan personal dan professional mentee yang berterusan, memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif, bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan. Terdapat 4 proses iaitu yang pertama menjalin hubungan. Berikan masa dan tingkatkan usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. Proses kedua, merundingkan persetujuan atau perjanjian bersama ini akan mewujudkan perhubungan yang harmoni. Ketiga, perkembangan profeisonal mantee yang mana merupakan langkah utama mentoring kerana melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Akhir sekali, menamatkan perhubungan. Apabila proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan.

3. RUMUSAN

Ketiga-tiga peranan ini iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring mempunyai kaedah-kaedah yang boleh diaplikasikan untuk membantu dan memberi semangat kepada murid-murid dalam pelbagai aspek dalam kehidupan. Langkah yang pelbagai ini mempunyai kekuatan masing-masing oleh itu, sangat bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah yang bebeza. Cara pendekatan yang pelbagai ke atas setiap murid yang memerlukan dorongan tidak menjadi masalah kerana terdapat jalan penyelesaian yang bersesuain untuk mereka dan memberikan mereka keselesaan mengikut situasi yang dihadapi murid-murid itu sendiri.

 

RUJUKAN

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA BIMBINGAN, KAUNSELING DAN.ppt. (n.d.). Retrieved December 03, 2020, dari https://pdfslide.net/documents/perbezaan-dan-persamaan-antara-bimbingan-kaunseling-danppt.html

Zahari Suppian. Nota kuliah KPS3014 Bab 10: Pengurusan Penasihat Murid.

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2018/courses/KPS3014/material/K01947_20180507164604_K10%20PENGURUSAN%20PENASIHATAN%20MURID.pptx. diakses pada 25/11/2020


Disediakan oleh: NURUL ATHIRAH BINTI KAMARAZAN (D20192091707)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID