BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Menurut Samsudin Md Noor, "pengurusan alam pembelajaran membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan." Manakala menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa "alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu."

ISI PENTING

Kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar. Menurut Bartlett (2004), beliau menyatakan "seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih teknik yang paling sesuai untuk mendidik dan seterusnya mendorong mereka untuk terus berusaha ke arah peningkatan kecemerlangan akademik serta sahsiah diri mereka." Selain itu guru perlu tahu akan prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah. Guru juga harus membuat perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah.

Terdapat beberapa fasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Yang pertama ialah pra perancangan iaitu guru mempunyai gambaran mental mengenai keseluruhan pengjaran. Fasa kedua ialah perancangan aktif dimana guru perlu menulis rancangan mengajar, menyediakan nota, membina power point atau model, memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan sesuai digunakan dan menyediakan senarai semak. Fasa ketiga ialah perancangan semasa, guru perlu mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar, mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa serta mengulangi pelajaran yang lepas. Fasa akhir ialah pasca perancangan dimana guru perlu menyedari kelemahan pengajaran, mengesan kekuatan pengajarannya dan membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan.

Kepentingan pengurusan alam pembelajaran ialah menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan pencapaian para pelajar

RUJUKAN

Samsudin Md Noor (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran 

Lee. S. M. (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

Bartlett (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran

Noraisah Ibni Qasim (dalam Nurelida. (2015). KPS 3014 : Pengurusan Alam Pembelajaran. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/Nurelida/kps-3014-pengurusan-alam-pembelajaran 

Mohd Azrinsyah Abd Aziz. (2015). PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN. Diperoleh daripada https://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran

Disediakan oleh: NUR SALSABIILA BT MAT ZOHOR (D20151071777)

Comments

Popular posts from this blog

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 8: STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID