Posts

BAB 9: PENGURUSAN DISIPLIN MURID

1.         PENDAHULUAN Tugas seorang bukan hanya menididik dalam aspek pembelajatan dalam kelas, bahkam mendidik akhlak murid juga tanggungjawab bagi guru. Seperti yang diketahui, guru diibaratkan sebagai ibu bapa disekolah, jadi jelas sebagai ibu bapa, berperanan yang perlu dilakukan ialah menjaga disiplin atau akhlak anak-anak selain memberi ilmu. Dapat dedifinisikan disiplin merupakan rasa taat dan patuh terhadap nilai yang diperkata serta juga menjadi tanggungjawabnya. Dengan kata lain disiplin ini ialah patuh terhadap peraturan atau juga tunduk pengawasan dan juga pengendalian (Parta Ibeng, 2020) 2.         ISI PENTING Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijalankan dalam mengawal tingkah laku dan disiplin murid. Antaranya ialah, murid-murid perlu dikawal selia bagi memastikan sahsiah diri mereka tetap dijaga apabila mereka meningkat dewasa. Atas dasar ini, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan ...

BAB 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

1)         PENGENALAN Tugas seorang guru bukan hanya sahaja mengajar tetapi guru merupakan pengurusan penasihatan murid di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah guru berperanan sebagai bimbingan, penasihatan dan monitoring. Dapat dedifinasikan pengurusan bermaksud  sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pegawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu, pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan dan pengaruh ke atas operasi organsasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya. Definisi, penasihatan pula bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. Menurut Zuraidah((1994) memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanoa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Murid pula men...

BAB 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

PENGENALAN Konsep kepelbagaian budaya adalah konsep pendidikan yang memberi peluang pendidikan kepada semua murid yang berbeza daripada aspek etnik, keturunan ,bahasa, adat resam dan budaya untuk pendidikan yang adil dan sama rata serta memahami setiap rakan dalam nilik darjah dengan baik. Menurut Saha (1997), pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya yang ditunjukkan melalui bahasa malah ia boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan dan sikap. ISI PENTING Terdapat tiga jenis teori yang terlibat dalam pendidikan pelbagai budaya. Pertama, Teori Anglo Conformity ialaj masyarakat yang terdiri daripada individu yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa dan budaya harus ...

BAB 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

  PENGENALAN           Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental. Pendidikan khas merujuk kepada satu ppendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai sasaran yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Menurut Tansley (1967), satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. ISI PENTING           Pengurusan murid pelbagai upaya memfokuskan kepada empat topik perbincangan iaitu pemulihan, pengayaan, pelba...

BAB 13: SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN Sekolah Perkataan sekolah berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘khole’, ‘scola’ atau ‘skholai’ yang bermaksud waktu lapang yang diisi dengan perkara yang berfaedah seperti membaca, menulis dan mengira. Sekolah merupakan satu institusi pendidikan yang berbentuk formal kerana ia boleh mengubah pemikiran, tingkah laku dan sikap murid-murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani dan mental (Norazlinda Saad dan Surendran Sankrash, 2000). Mengikut Akta Pendidikan pula, sekolah ditakrifkan sebagai tempat di mana sepuluh ataupun lebih murid yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd Yusuf Othman (1999), sekolah merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap pra sekolah hingga menengah atas. Setiap peringkat mempunyai silibus atau kurikulum yang setiap satunya mempunyai matlamat dan objektif. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994), sekolah ber...

BAB 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

PENGENALAN Menurut Samsudin Md Noor, "pengurusan alam pembelajaran membawa maksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan." Manakala menurut Lee Shok Mee pula menjelaskan bahawa "alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu." ISI PENTING Kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar. Menurut Bartlett (2004), beliau menyatakan "seorang guru perlu mengingati nama dan mengetahui latar belakang pelajar-pelajarnya. Secara tidak langsung akan menunjukkan guru itu mengambil berat terhadap kesemua pelajarnya di bilik darjah. Pelajar akan merasakan hubungan yang lebih rapat dan mesra dengan guru. Guru pula mampu mendekati pelajarnya, memilih ...